Friday 22 February 2013

part 5


Damia menyiram pokok bunga kesayangan mama nya di halaman rumah sambil bersiul kecil..biasanya tugas itu akan di lakukan oleh Puan Salwa tetapi hari ini Damia mengambil alih tugas tersebut kerana dia tahu sebentar lagi mama nya pasti turun untuk menjenguk bunga-bunga kesayangannya itu..motif utamanya ialah untuk mencari ruang dan peluang untuk meminta maaf dengan mamanya..Damia menjengukkan kepalanya untuk mengintai kelibat mamanya..mana mama ni..takkan tak turun jenguk 'anak angkat' dia ni..biasanya pada waktu begini mamanya pasti akan meyiram dan menyusun kedudukkan bunga-bunga yang ditanam dengan tangannya sendiri itu..Damia menutup pili air dan menghala ke bangku yang tersedia di halaman rumah..dia melepaskan keluhan..peluh di dahi dikesat dengan telapak tangannya..letih jugak siram pokok bunga ni..macam mana la mama boleh jadi kan benda ni 'hobi' dia..semput beb....
"Mia buat apa kat sini?" tiba-tiba Puan Salwa menegur anak daranya itu sambil meletakkan jus oren di tangan di atas meja
Damia pantas meneguk air tersebut sebelum sempat menjawab soalan dari mamanya..di minumnya jus tersebut sehinggakan tiada setitik pun baki yang tertinggal..gelas kosong di letakkan di atas meja..
"Mia ni buat perangai macam anak dara boleh tak?" bebel Puan Salwa melihat kejelojohan Damia
"apa Mia dah buat??Mia minum air je kot..anak dara minum air macam mana ek ma??" usik Damia
Puan Salwa memulas telinga Damia perlahan..berkerut-kerut Damia menahan sakit di telinganya..
"sakit la ma" jerit Damia perlahan memegang telinganya yang merah dek terkena 'senjata' mamanya tadi..muka nya di kerutkan tanda tidak berpuas hati..
"padan muka..kerjanya asyik nak membantah aje apa yang orang tu cakap.."
Damia memekakkan telinga dengan bebelan mamanya..mukanya di paling kan ke arah bunga-bunga yang basah dek air yang disiramnya tadi
"tengok tu..mama cakap dia buat tak tahu aje" marah Puan Salwa
"ye laa...Mia dengar ni.."Damia menongkatkan tangannya ke dagu dan matanya di fokuskan ke muka mamanya sambil tersengih..
Puan Salwa hanya mampu mengelengkan kepala dengan kenakalan anaknya..
"ma..." panggil Damia perlahan
Puan Salwa berpaling
"emmmm...Mia sebenarnya..." Damia tidak jadi untuk meneruskan ayatnya
"apa Mia nak cakap ni.." ujar Puan Salwa kehairanan
"sebenarnya.." Mia masih tidak dapat meneruskan ayatnya
Puan Salwa sudah membuat muka bosan..
"baik Mia cakap cepat..kan tak pasal-pasal ada yang mengamuk karang.." Puan Salwa menggugut
Damia menelan liur..ganas juga mama aku ni..bekas gangster ke apa ni..
"Mia nak mintak maaf dengan mama la" ujar Damia sambil memaut lengan mamanya..kepalanya di sandarkan ke bahu mamanya..Puan Salwa mengerutkan dahinya
"ni kenapa nak mintak maaf pulak,,raya lambat lagi la Mia" ujar Puan Salwa selamba
isshhh mama aku ni..saja tau nak kasi aku meroyan..
"mama..bukan tu la maksud Mia..takde kena mengena dengan raya la.." protes Damia
"Mia nak mintak maaf pasal semalam.." Damia menundukkan kepalanya..tidak berani melihat wajah mamanya
"sebab??" Puan Salwa berpura-pura bertanya
"errmm..sebab dah tinggi kan suara kat mama..dah buat mama sedih..Mia mintak maaf ma.." luah Damia kesal
puan salwa tersenyum mendengar permohonan maaf dari anak kesayangannya..baginya itu merupakan hal biasa..bia tahu damia berada dalam keadaan kusut pada masa itu..wajah anaknya direnung penuh kasih..
"mama dah maaf kan mia..mama tak pernah simpan perasaan marah dekat mia.."
damia mendongakkan kepala merenung wajah mamanya..walaupun perwatakkan dan imejnya sedikit melencong kearah kelakian tetapi apabila dia bersama mamanya sifat-sifat kewanitaannya akan muncul dalam dirinya..
"mama dah maaf kan mia?"damia meminta kepastiaan
puan salwa pantas menganggukkan kepalanya..
"dah la mia..jangan difikirkan sangat hal tu.." puan salwa mengosok bahu anaknya lembut..
damia mengiakan kata-kata mamanya..dia berasa tenang diperlakukan sebegitu oleh insan yang amat di sayanginya.