Monday 14 January 2013

part 1



Pening kepala Puan Salwa melihat perangai anak bongsunya yang semakin hari semakin kasar perangainya..Nur Damia Arisya nama yang di impikan oleh arwah suami nya Mukhlis..suaminya meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital pada hari Damia di lahirkan..keretanya terbabas ke dalam gaung dan akibat daripada kemalangan itu suaminya menghadapi kecederaan yang parah pada bahagian kepalanya..hanya TUHAN yang tahu betapa hancur nya hati seorang isteri pada masa itu..dengan penuh kesabaran mereka menanti kelahiran anak mereka tetapi sudah kehendak takdir suaminya pergi sebelum sempat melihat wajah anak bongsunya itu..Damia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah..tempat dia bergantung kasih hanyalah pada mama dan abang-abangnya,Farid Ashraf ,Farish Arman, dan Fakrul Amri yang kini sedang bekerja untuk meringankan beban mama mereka..kini hanya tinggal Damia seorang sahaja yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering..dia memang suka mencuba sesuatu yang lasak..oleh kerana dia membesar dalam persekitaran yang berbeza dan di kerumuni oleh abang-abangnya ini menyebabkan sifat-sifat kewanitaannya 'tersorok' dan perangainya lebih menyerupai 'tomboi'..
"miaaaaaaaaa...." laung Puan Salwa
tetapi tiada sahutan yang kedengaran
"miaaaa" laungnya lagi
"ada apa ma?" kedengaran laungan dari ruang tamu
"mari la tolong mama masak kat dapur ni..kamu ni asyik dengan game aje" bebel Puan Salwa dari dapur
Damia yang sedang 'syok' bermain game di ruang tamu tidak mengendahkan suruhan mamanya,,dia terus menyambung kembali 'agenda' nya yang terbantut tadi..
"aduhhhhh..." jerit Damia sambil memegang telinga nya yang terasa perit dek cubitan mamanya
"sakit la ma..apa ni main tarik telinga orang.." Damia memuncungkan bibirnya ke depan sambil melihat mamanya yang sedang bercekak pinggang..
"apa nak jadi dengan kamu ni Mia.." bebel Puan Salwa
"Mia nak jadi engineer ma.." seloroh Mia selamba
Puan Salwa menjengilkan matanya mendengar jawapan daripada anak bongsunya itu..Damia ketawa perlahan ,melihat reaksi daripada mama kesayangannya..dia bukan nya tidak mahu menolong mamanya tetapi jika dia kedapur dia hanya akan menyusahkan lagi adalah..dia bukan pandai pun bab-bab dapur ni..kalau nak merosakkan dapur tahu la dia..
"tengok tu..main-main aje kerjanya..mari dapur tolong mama masak..nanti abang-abang kamu nak balik makan pulak" arah Puan Salwa
"Mia bukan reti pun buat benda alah tu ma..nanti makin menyusahkan mama ada la.." dalih Damia
"sebab tak reti la mama nak ajarkan kamu ni..nanti dah kawin suami kamu nak makan apa?batang kayu??"Puan Salwa memulakan kuliahnya
"apa salahnya makan batang kayu kalau dah tu yang dia suka.." Mia menjawab..
Dia pantas mengelak daripada di cubit oleh mama nya yang sudah 'naik hantu' dengan jawapan bernasnya tadi..
"ye la..Mia pergi dapur..tolong mama masak" akhirnya Mia mengalah..dia takut badannya akan menjadi mangsa cubitan berbisa daripada mamanya itu..cubitan mama berbisa woo..
Puan Salwa tidak dapat menahan senyuman melihat telatah anak bongsunya itu..dia hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Damia..
"kita nak buat apa dengan ketam ni ma??" ujar Damia sambil mencucuk-cucuk cengkerang ketam yang berada di dalam sinki menggunakan jari telunjuknya..
"nak masak la Mia ooiiii"
"Mia tahu la nak masak..tapi nak masak apa??" Mia tidak berpuas hati dengan jawapan mama nya tadi
"ketam masak lemak..abang-abang mia kan suka ketam masak lemak" terang Puan Salwa.
"ala mama ni..untuk abang-abang je..Mia pulak??" Damia sudah mula memuncungkan bibir nya tanda protes
Puan Salwa ketawa melihat reaksi anaknya itu
"Mia nak makan apa??" tanya Puan Salwa
Damia yang mendengar soalan daripada mama nya terus kembali ceria
"ayam masak merah" pantas dia menjawab
dia memang obses gila dengan ayam masak merah buatan mamanya.,memang terbaik la orang kata
"okey..tapi mia kena la tolong mama bersihkan ayam tu" Puan Salwa memuncungkan bibirnya kearah ayam yang berada di dalam singki..
Damia mempamerkan raut wajah yang cemberut kearah mamanya..
"Mia kena bersihkan ayam ni" dia menundingkan jarinya kearah dadanya sendiri
Puan Salwa menganggukkan kepalanya mengiyakan pertanyaan Damia..
"sorry to say la mama..tak nak la Mia.." putus Damia
"okey..tapi tak merasa la Mia nak makan ayam masak merah buatan mama" ugut Puan Salwa
Damia menelan air liurnya..main ugut-ugut la pula mama aku ni..pada saat ini dia benar-benar teringin untuk makan ayam masak merah buatan mamanya..dia merenung wajah mamanya silih berganti dengan ayam yang sedang menunggunya di dalam singki.akhirnya dia melepaskan keluhan
"okey la..Mia bersihkan ayam ni..mama janji tau masakkan untuk Mia" Damia menghulurkan jari kelingkingnya kearah mamanya untuk membuat perjanjian..Puan Salwa mengaitkan jarinya dengan jari anaknya
"mama janji" ujar Puan Salwa puas..akhirnya berjaya juga dia mengheret anaknya yang keras kepala itu kedapur..walaupun hanya skadar untuk membersihkan ayam...tetapi baginya itu sudah menjadi permulaan yang bagus untuknya merubah sikap anaknya..dia tersenyum melihat gelagat Damia yang terkial-kial membersihkan ayam di singki.....



















No comments:

Post a Comment