Saturday 19 January 2013

part 4



Pagi itu Damia bersiap lebih awal daripada biasa..dia mengenakan t-shirt kuning dan berseluar pendek..dia mengatur langkah turun ke bawah..aroma nasi goreng kegemarannya menerobos masuk ke hidungnya..dia berkira-kira untuk masuk ke dapur apabila teringatkan peristiwa semalam..dia terkinja-kinja  mengintai kelibat mama nya di dapur..
"tak payah nak mengintai sangat la Mia" ujar Puan Salwa tiba-tiba
Damia terkejut dengan teguran mamanya..Mama nampak aku ke??mama aku ni ada mata kat belakang ke apa??dah tak marah kan aku ke mama ni..bermacam-macam persoalan muncul dari benaknya,..
"hai ma" sapa nya tersengih seraya duduk di sebelah mamanya..
Puan Salwa menghadiahkan senyuman kepada anak bongsunya itu..lega hatinya melihat perubahan pada diri anaknya..tidak seperti semalam kusut benar..dia merenung wajah bujur sirih milik anak nya yang sedang lahap melantak nasi goreng buatannya..tidak di hiraukan langsung keadaan sekeliling..dia tersenyum lagi..
"lapar benar anak mama ni" usik Puan Salwa
Damia sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun cantik..mahu tak lapar..dah la semalam tak sempat nak bedal ayam masak merah aku tu..
"sedap la nasi goreng ni..nak lagi boleh??" usul Damia manja..
"ambik la sayang..tinggal untuk abang-abang kamu sikit.." ujar Puan Salwa
"ehhh..sebut pasal abang- abang ni..mana diorang??" tanya Damia pelik..takkan dah pergi kerja kot..bru 7:30 pagi
"awal Cik Mia bangun hari ni" sapa achiknya yang tiba-tiba muncul di ikuti along dan angahnya...tu diaaaa bru jer sebut dah datang..pasang hantu ke apa abang-abang aku ni..
"tu diaaa..baru je Mia sebut nama kamu semua tadi..panjang umur.." ujar Puan Salwa
"Mia sebut nama kitorang??mengumpat la tu" ujar Farid Ashraf sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan miliknya
"mana ada mengumpat...tak baik tuduh tau.." Damia membalas
Farid Ashraf mencebirkan bibirnya kepada Damia...Damia membalas kembali
"Mia bila masuk kuliah ni??" tanya alongnya
"minggu depan long.." jawab Damia pendek
"nak along hantarkan ke??" 
"tak payah kot..Mia dah suruh Farah ambil kat sini.." ujar Damia
alongnya hanya mengangguk tanda faham
"Kirim salam kat Farah ek Mia.." Farid Ashraf tersengih panjang
"eeeeuwww..tolong la abang...jangan nak menggatal dengan Farah boleh tak.." bebel Damia
"kenapa pulak..abang single dia pon single..so apa masalahnya??abang tak nampak masalah pon kat situ.." protes Farid
"abang tu kan rabun..memang la tak nampak masalahnya.." jawab Damia
"amboi mulut...apa masalahnya?..bagitahu sikit" tanya Farid Ashraf menfokuskan matanya pada wajah adiknya
"masalahnya dia suka ke kat abang??" Damia menjengilkan matanya
" of course la...abang kat handsome..salah soalan la Mia ni" jawab Farid sombong
Damia membuat muka menyampah..
"mama tengok abang Farid ni..gatal" adu Damia kepada mama nya yang sedari tadi hanya mendengar perbalahan nya dengan achiknya tadi
Puan Salwa mengelengksn kepalanya melihat gelagat anak-anaknya yang persis anak kecil
"makan diam-diam boleh tak..depan rezeki pun nak bergaduh.." Puan Salwa memulakan syarahannya
"tengok..kan mama dah marah.." Farid menjengilkan mata nya kepada Damia
"apa Mia pulak..dia yang salah kita pulak yang kena.." Damia memuncungkan bibirnya tanda protes..
"Mia dah minta maaf dengan mama ke?" bisik angah di telinga Damia
Damia sedikit tersentak dengan teguran angahnya yang tiba-tiba itu..
"belum angah..tapi Mia tengok mama okey aje tu.." balas Damia tenang
"memang la mama okey...tapi Mia kena la minta maaf atas keterlanjuran Mia tu.." saran angah
Damia menggangukkan kepalanya tanda setuju..
"nanti petang Mia minta maaf la.."
"ingat janji awak tu.." Farish mengingatkan adik bongsunya
"beres.."Damia mengangkat ibu jarinya seraya tersenyum manis..jelas terpapar lesung pipit yang melekuk di kedua-dua belah pipinya
Farish meneruskan suapannya dengan penuh berselera..perutnya perlu diisi sebelum ke tempat kerja..perut kenyang baru la boleh buat kerja dengan cemerlang..betul tak??









No comments:

Post a Comment