Monday 14 January 2013

part 3


Damia menangis semahu-mahunya di dalam bilik sehingga matanya menjadi bengkak..dia tidak tahu kenapa dia begitu sensitif apabila mama nya membangkitkan isu perkahwinan..mungkin dia tidak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga..dia begitu takut untuk berdepan dengan kehidupan berumahtangga..dia takut untuk berpisah jauh daripada mama dan abang-abangnya..dia tidak pernah membayangkan yang dirinya akan berkahwin..bukan tiada lelaki yang cuba menguratnya bahkan bersusun datang untuk memikatnya..tetapi semuanya di tolak mentah-mentah tanpa toleransi..wajahnya yang cantik itu menyebabkan ramai lelaki tergoda dengannya walaupun jelas terpampang sikap 'tomboy' nya itu..tetapi dia benar-benar belum bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan..dia merasa amat bersalah pada mamanya kerana telah meninggikan suara tadi...sedang asyik melayan perasaan kedengarn pintu biliknya diketuk dari luar..dia lantas bangun menuju ke pintu..tombol pintu di pulas..terjengul ketiga-tiga wajah abangnya di muka pintu..
"haiiii" sapa Farid Ashraf sambil melangkah masuk ke dalam bilik Damia di ikuti oleh along dan angahnya..mereka melabuhkan punggung di atas katil bersaiz queen milik Damia..
"Mia okey" soal Farish Arman sambil mengosok-gosok kepala adik bongsunya..Damia pantas membaiki rambutnya yang menjadi kusut masai dek perlakuan angahnya itu
"Mia okey..kenapa abang datang sini?" ujar Damia mendatar
"tak suka ke kami datang sini?sampai hati..tak apa la kami keluar dulu" ujar along nya berpura-pura sedih sambil mengangkat punggungnya dari katil
Damia ketawa melihat telatah abang sulungnya itu
"mengada la along ni" Damia menampar paha alongnya kuat
"Mia marah kat kitorang ke?" ujar angahnya yang duduk di sebelahnya
"kalau Mia marah abang nak buat apa?" duga Damia
"kitorang sanggup ketuk ketampi kat sini" ujar Farid Ashraf laju
along dan angahnya pantas berpaling ke arah Farid..takkan ketuk ketampi kot
"tunggu apa lagi?ketuk ketampi la cepat.." usik Damia
"Abang Farid aje nak ketuk ketampi..along dengan angah tak kata apa-apa" dalih Farish Arman
Farid Ashraf berpaling tiga ratus enam puluh darjah ke arah along dan angahnya..
"tak aci la macam ni along,angah" protes Farid
"apa pulak tak aci? aci-aci tak kira okeh,,sapa suruh pandai-pandai sangat buat janji" balas along selamba
"tunggu apa lagi tu??turun la cepat" giat angahnya pula
Farid Ashraf sudah membuat muka cemberut..bibirnya di muncungkan kedepan
Damia hanya tersenyum melihat telatah abang-abangnya itu..hilang sebentar masalah yang menganggu benaknya sebentar tadi..abang-abangnya memang pandai kalau bab-bab nak memujuk dirinya..
Farid Ashraf merenung kearah Damia dengan pandangan yang cukup 'suci'..nak bodek aku la tu..
"Mia tolongla abang..cancel balik boleh tak perjanjian abang tadi??" bodek Farid sambil mengenyit-ngenyitkan matanya beberapa kali
"tak boleh..awak dah janji kan" protes angah menjawab bagi pihak adiknya
Farid Ashraf mengetap bibir tanda geram dengan perlakuaan angahnya..Damia hanya buat muka selamba memandang kearah achiknya sambil mengangkat bahu..
"yela..semua nak buli achik..benci tau.." bebel Farid sambil melakukan ketuk ketampi seperti yang di janjikan tadi
along,angah dan Damia ketawa kuat melihat Farid melaksanakan janjinya dengan baik sekali..
Farid menegakkan badan nya kembali apabila selesai melakukan 'tugasnya'..Dia memandang abang-abang dan adiknya dengan jelingan..menyampah betul aku..asyik aku aje yang kena..sebal!!
"Damia marah kat mama ke??" tanya angah setelah menghentikan sisa tawanya
Damia pantas memandang kearah angah..semua mata sedang fokus kearahnya untuk mencari jawapan
Damia menggelengkan kepalanya
"geleng tanda apa tu??" tanya Farid Ashraf kurang jelas
"Mia tak marah..Mia rasa bersalah sangat sebab dah tinggikan suara kat mama" luah Damia
Fakrul Amri bangun dan memeluk bahu adiknya erat..Damia melentukkan kepala nya diatas bahu alongnya itu
"Mia jangan la risau.along sure mama dah maafkan Mia" Fakrul menenangkan adik bongsunya
Damia hanya mampu tersenyum tawar mendengar kata-kata alongnya itu..walaupun alongnya berusaha untuk mengurangkan rasa bersalahnya tetapi hatinya
tetap berasa bersalah dengan keterlanjurannya terhadap mama..
"Mia takut mama marah adik la long" Damia mendongakkan kepala merenung alongnya
"Mia jangan risau sangat la..angah kenal sangat mama tu..mama takkan marah Mia la.." ujar Farish Arman
"nanti Mia pergi mintak maaf dengan mama tau..kesian kat mama.." sampuk Farid Ashraf setelah sekian lama menyepi..Damia menggangukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata abangnya..
"kitorang keluar dulu..esok pegi mintak maaf dengan mama...rehat la dulu" angah menggosok-gosok kepala adik bongsunya seraya berdiri untuk keluar..Damia hanya mempamerkan senyuman dan memandang abang-abangnya dengan perasaaan lega..along,angah,dan achik telah keluar dari biliknya,,sesungguhnya dia berasa amat bersyukur kerana mempunyai abang-abang yang begitu memahami dan mengambil berat akan dirinya..terasa ringan sedikit beban yang di tanggungnya..




No comments:

Post a Comment