Monday 14 January 2013

part 2



Damia tersenyum puas melihat aneka makanan yang terhidang diatas meja makan termasuk ayam masak merahnya.walaupun dia sekadang membersihkan ayam sahaja tetapi dia tetap berasa bangga..mana mau nya tak bangga..first time bersih kan ayam beb..dia kembali ke dapur untuk mengangkat makanan yang di hidang oleh mamanya diatas kabinet..dia terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi..matanya diarahkan kearah jam dinding yang tergantung.lambatnya abang-abang aku ni balik..aku dah kebulur nak makan ni..Puan Salwa keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi jus oren..
"best jugak masak tadi ma" ujar Damia
Puan Salwa tersenyum
"masak??Mia kan cuma bersihkan ayam aje tadi" usik Puan Salwa
Damia sudah mula memuncungkan bibirnya..memang sudah menjadi tabiatnya yang suka memuncungkan bibirnya..ikut perangai siapa entah budak sorang ni..Puan Salwa menuju kearah pintu hadapan apabila terdengar deruman kereta milik anak-anak lelakinya di luar rumah..Damia turut mengekori langkah mamanya...Damia terus menerjah kearah abang-abangnya untuk menyalam tangan mereka..walaupun dia kelihatan kasar namun dia harus menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua daripadanya..
"sopannya adik abang ni.." ujar Fakrul Amri abang sulung Damia
"mestilah..Damia gitu kan.." Damia mendabik dada
Farish Amran dan Farid Ashraf hanya mencebikkan bibir mendengar jawapan adik  mereka..
"apa? dengki la tu" ejek Damia
"tak kuasa abang nak dengki budak kecik" balas Farid Ashraf anak ketiga Puan Salwa
"eleh..mengaku aje la..wekkkk" Damia menjelirkan lidahnya
Farid Ashraf menjelirkan lidahnya kembali kepada Damia..
Puan Salwa hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya yang mesra antara satu sama lain..hatinya lega kerana anak-anaknya saling bekerjasama antara satu sama lain..
"jom la masuk dalam..mama dah siapkan makanan untuk kamu semua" Puan Salwa menamatkan perbalahan antara Damia dengan abangnya..
"jom mama..jangan dilayan budak Damia ni.."ujar Farish Arman sambil menyekeh kepala adik bongsunya..
Damia menggosok-gosok kepalanya,,bukan kerana sakit dengan sekehan angahnya tadi tetapi untuk membaiki rambutnya yang menjadi kusut dek sekehan itu..semua kerjanya nak buli aku..sebal deh aku..dia terus melangkah ke arah meja makan untuk menjamu selera..
"makan tak tunggu Mia pun.." bebel Damia sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Farid Ashraf
"buat apa tunggu Mia..lambat macam kura-kura" usik Farid Ashraf
Farid Ashraf memang suka mengusik Damia jika dibanding kan dengan Farish Arman dan Fakrul Amri..mungkin kerana umurnya yang tidak banyak berbeza..hanya beza 3 tahun sahaja..along dan angah nya hanya bergurau jika perlu sahaja tetapi tidak terlalu garang cuma sedikit tegas..
"along,,cuba la makan ayam masak merah ni,,Mia yang masak tau" Damia mencedukkan seketul ayam ke dalam pinggan alongnya
"betul ke Mia yang masak ni?" tanya Fakrul Amri kurang yakin
Damia tersengih
"Mia tolong bersihkan je..mama yang masakkan..tapi kira Mia la yang buatkan.."dalih Damia
Fakrul Amri ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulut adiknya itu..
"banyak cantik..mama yang penat-penat masak dia mengaku pulak..tak malu.." celah angahnya pula
Damia mencebikkan bibirnya tanda protes..
"biar la..yang penting Mia buat jugak..tak macam along,angah dengan achik..pandai makan aje.." Damia mempertahankan dirinya
"abang lelaki tak apa la..awak tu perempuan cik Damia oiii" ujar angah
"apa beza dia?" Damia tidak puas hati
"beza dia kami bila kawin nanti isteri kami yang akan masak..tapi awak??faham-faham sendiri la ye.." jawab Fakrul Amri selamba
adusssss..ambik kau Damia..gatal sangat kan nak tanya perbezaan la sangat kan..alih-alih terkena kau sendiri..memang padan sangat la dengan muka kau yag kiut miut tu..
"dengar tu Mia" ujar Puan Salwa pula
Damia memandang  ke arah mama nya
"dengar la ni" ujar Damia perlahan
"takkan dengar je kot" Puan Salwa bertanya
Damia mengerutkan dahinya tanda tidak faham dengan ucapan mamanya
"maksud ma?" tanya Damia blur
"bila nak bagi mama menantu??" Puan Salwa akhirnya meluahkan persoalan yang sering menganggu fikirannya..
ni yang aku lemah ni..mama ni pun satu..aku ni muda lagi kut baru jer 23 tahun..suruh aje la along kawin dulu kalau nak menantu sangat..
"ala mama..Mia muda lagi la..study pun tak abis lagi" dalih Damia
"muda apanya..dah masuk 23 tahun kan..kalau pasal study pulak apa masalahnya..mama tengok ramai aje student yang sebaya dengan Mia ni kawin..okey aje..berjaya jugak.." bebel Puan Salwa panjang lebar
Fakrul Amri,Farish Arman dan Farid Ashraf hanya diam melihat sesi debat antara mama dan adik bongsu mereka..
ishh..aku nak jawab apa ni..abang-abang aku ni pun satu,,bukan nak tolong aku ke hape..makan aje reti..
Damia menghantar kan isyarat mata pada abang-abang nya supaya menolongnya..tetapi abang-abangnya berpura-pura tidak faham dengan isyaratnya..dia semakin sebal dengan respon abang nya..sepantas kilat dia memijak kaki Farid Ashraf di bawah meja dengan kuat..berkerut-kerut muka Farid menahan rasa sakit pada kaki kanan nya dek pijakkan Damia..dia menjengilkan mata ke arah Damia..Damia buat muka tidak bersalah..
"betul cakap mama tu Mia..along pon rasa dah sampai masa Mia kawin..nanti ada la juga orang nak jaga Mia" ujar Fakrul Amri
hampir tersedak Damia mendengar persetujuan alongnya itu..dia memandang wajah alongnya dengan riak wajah yang amat terkejut..
"tengok tu Mia..along kamu pun setuju dengan mama..nanti bila kamu dah ada suami..boleh la dia jaga kamu.." cadang Puan Salwa
"kenapa??mama dengan along dah tak sanggup ke nak jaga Mia yang banyak kerenah ni..Mia menyusahkan mama dengan along ke??" bentak Damia marah
"bukan macam tu sayang" ujar Puan Salwa lembut
"habis tu apa??" ujar Damia lantang..ini kali pertama dia meninggikan suaranya pada mamanya,,insan yang paling dia sayang dan hormati di dunia ini..dia terasa amat tersinggung dengan cadangan mamanya itu..airmata di tubir mata semakin tidak dapat ditahan..
"Mia dengar dulu cakap mama tu" pujuk Farish Arman
"apa??angah pun sama kan..dah tak sanggup nak tanggung Mia kan??semua sama aje..semua nak Mia keluar dari rumah ni kan?? tuduh Damia
"Mia..jangan cakap macam tu..bukan macam tu maksud abang dengan mama" pujuk Farid Ashraf pula..dia sedar bahawa adik nya sedang marah sekarang..dia perlu memenangkan hati adik nya yang kelihatan kusut itu..Damia sudah tidak sanggup untuk terus berlama di situ..airmata nya akan tumpah pada bila-bila masa sahaja..sepantas kilat dia bangun dan berlari ke tingkat atas menuju ke arah bilik..
semua yang berada di meja makan termanggu melihat reaksi Damia..
Puan Salwa tidak menyangka bahawa soalannya itu akan melukakan hati anak bongsunya..dia berasa amat bersalah sekali pada Damia..ayam masak merah yang tidak sempat di sentuh oleh Damia di pandang sayu..
Farish Arman yang perasan akan perubahan mama nya memegang tangan mamanya erat..
"nanti okey la Mia tu ma..biar dia tenangkan fikiran dulu..mama makan ye" ujar nya lembut
Puan Salwa hanya merenung nasi yang berada di dalam pinggan nya..mana mungkin dia ada selera makan dalam situasi sekarang..
"mama naik atas dulu la..penat pula rasa..kamu semua makan la dulu ya.." bohong Puan Salwa
Farid,Fakrul dan Farish hanya melihat langkah longlai mama mereka berlalu ke tingkat atas..dalam situasi ini mereka tidak boleh nak menyalahkan sesiapa..mereka sudah sedia maklum dengan sikap Damia yang tidak suka apabila di sebut soal kawin di depannya..mereka menyambung makan tanpa berkata apa-apa walau sepatah pun..




No comments:

Post a Comment